Saturday, December 26, 2009

SELAMAT DATANG 2010

Pejam celik pejam celik, lagi beberapa hari sahaja, kita akan bertemu tahun 2010. InsyaAllah, apa yang menggembirakan aku, aku akan menimang cahaya yang ketika pada Jun 2010. Ketika itu, bolasepak piala dunia akan berlangsung. Kebetulan, dua anak lelaki sebelum ini dilahirkan ketika EURO Cup sedang berlangsung, juga pada bulan Jun cuma tahun sahaja yang berlainan. Memang itu yang aku rancangkan sebab suami aku peminat bolasepak. hehehe...

Azam 2010, semoga semuanya berjalan dengan baik. Paling utama dapat melaksanakan yang WAJIb dan amalan baik yang diseru agama. Semoga cita-cita tahun 2010 akan tercapai, antaranya :
1. Menyelesaikan pinjaman kereta wira aku yang berwarna merah
2. Melahirkan cahaya mata PEREMPUAN dengan mudah dan selamat
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lebih kreatif
4. Semoga rumahtangga sejahtera selamanya...
5. Anak sulung bersekolah tadika dan dapat menerima pelajaran dengan baik
6. Anak-anak murid dapat menerima pelajaranku dengan baik dan kreatif serta kritis
7. Mengumpul wang untuk menyelesaikan pinjaman kereta waja, selepas baru boleh beli MPV pulak